Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 55

(a)

dia menggunakan dengan suci hati—

(i)

namanya sendiri atau nama tempat perniagaannya;

atau

(ii)

nama pendulunya dalam perniagaan atau nama tempat perniagaan pendulunya;

(b)

dia menggunakan dengan suci hati suatu tanda untuk menunjukkan—

(i)

jenis, kualiti, kuantiti, kegunaan spesifik, nilai, tempat asal geografi atau ciri-ciri lain barang-barang atau perkhidmatan; atau

(ii)

masa pengeluaran barang-barang atau pemberian perkhidmatan; atau

(c)

dia menggunakan cap dagangan itu untuk menunjukkan kegunaan spesifik barang-barang itu yang termasuklah aksesori atau alat ganti atau perkhidmatan dan penggunaan itu mengikut amalan jujur dalam perkara perindustrian atau komersial.

Cap Dagangan 65

(2)

Walau apa pun seksyen 54, seseorang tidak melanggar suatu cap dagangan berdaftar apabila menggunakan suatu cap dagangan tidak berdaftar yang serupa dengan atau hampir serupa dengan cap dagangan berdaftar itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang serupa dengan atau hampir serupa dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan jika dia telah, atau dia dan pendulunya dalam perniagaan telah, secara terus menggunakan dalam penjalanan perdagangan cap dagangan tidak berdaftar berkenaan dengan barang-barang atau perkhidmatan dari masa sebelum—

(a)

tarikh pendaftaran cap dagangan berdaftar itu; atau

(b)

tarikh tuan punya berdaftar, atau pendulunya dalam perniagaan, atau orang yang merupakan pengguna berdaftar di bawah Akta yang dimansuhkan, mula-mula menggunakan cap dagangan itu, mengikut mana-mana yang lebih awal.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, seseorang yang menggunakan cap dagangan berdaftar tidak melanggar cap dagangan itu jika penggunaan itu—

(a)

adalah bagi maksud bukan komersial;

(b)

adalah bagi maksud pelaporan berita atau ulasan berita;

(c)

telah pada bila-bila masa secara nyata atau tersirat telah dipersetujui oleh tuan punya berdaftar atau pemegang lesen; atau

(d)

bagi cap dagangan, yang merupakan salah satu daripada dua atau lebih cap dagangan berdaftar yang secara substansial adalah serupa, pada pelaksanaan hak penggunaan cap dagangan yang diberikan oleh pendaftaran sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Akta ini.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, suatu cap dagangan berdaftar tidak dilanggar oleh penggunaan cap

66

Undang-Undang Malaysia dagangan berdaftar lain berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang didaftarkan olehnya terkemudian itu.

Tindakan bagi pelanggaran