Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Perintah bagi pemadaman, dsb., tanda yang menyalahi
(a)
menyebabkan tanda yang menyalahi itu dipadam, dihapuskan atau dihancurkan daripada apa-apa barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar yang dalam milikan, jagaan atau kawalannya; atau
(b)
jika adalah tidak semunasabahnya dapat dilaksanakan bagi tanda yang menyalahi itu dipadamkan, dihapuskan atau dihancurkan, memastikan pemusnahan barang-barang, bahan atau artikel yang dipersoal itu.
(2)
Jika suatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak dipatuhi atau ternyata kepada Mahkamah bahawa ada kemungkinan yang perintah itu tidak akan dipatuhi, Mahkamah boleh memerintahkan supaya barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar itu diserahkan kepada mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk memadamkan, menghapuskan atau menghancurkan tanda itu, atau selainnya memusnahkan barang-barang, bahan dan artikel itu.
(3)
Jika seseorang yang didapati telah melanggar suatu cap dagangan berdaftar mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa barang-barang lancung, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya barang-barang lancung itu diserahkan kepada orang itu sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah bagi pemusnahan jika—
(a)
plaintif memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah itu; dan
Cap Dagangan 69
(b)
Mahkamah berpendapat bahawa tidak ada keadaan luar biasa yang membenarkan penolakan terhadap perintah itu.
Perintah bagi penyerahan barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar