Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
(a)
pemakaian cap dagangan pada barang-barang atau bahan yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi pelabelan atau pembungkusan barang-barang;
(b)
pengimportan barang-barang yang kepadanya, atau kepada pembungkusan yang kepadanya, cap dagangan telah dipakaikan; atau
(c)
pembekalan perkhidmatan di bawah cap dagangan, mana-mana orang yang terkilan boleh membawa prosiding untuk relief di bawah seksyen ini.
(2)
Relief yang boleh dimohon adalah bagi mana-mana yang berikut:
(a)
perisytiharan bahawa ancaman itu tidak boleh dibenarkan;
(b)
injunksi terhadap penerusan ancaman; atau
(c)
ganti rugi berkenaan dengan apa-apa kerugian yang telah ditanggung olehnya akibat ancaman itu.
(3)
Plaintif adalah berhak kepada relief dalam subseksyen (2)
melainkan jika defendan menunjukkan bahawa perbuatan yang
72
Undang-Undang Malaysia berkenaan dengannya prosiding itu terancam merupakan atau jika dilakukan akan menjadi suatu pelanggaran terhadap cap dagangan berdaftar berkenaan.
(4)
Jika defendan menunjukkan bahawa perbuatan yang berkenaan dengannya prosiding itu terancam merupakan atau jika dilakukan akan menjadi pelanggaran terhadap cap dagangan berdaftar berkenaan, plaintif bagaimanapun adalah berhak untuk mendapat relief jika dia menunjukkan bahawa pendaftaran cap dagangan itu tidak sah atau boleh dibatalkan dalam hal yang berkaitan.
(5)
Pemberitahuan semata-mata bahawa suatu cap dagangan telah didaftarkan, atau suatu permohonan bagi pendaftaran telah dibuat, tidak boleh menjadi ancaman prosiding bagi maksud seksyen ini.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyebabkan seseorang peguam bela dan peguam cara dikenakan suatu tindakan di bawah seksyen ini berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan olehnya dalam keupayaan profesionalnya bagi pihak pelanggan.