Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Ketuanpunyaan bersama cap dagangan berdaftar
(2)
Seksyen ini terpakai jika dua atau lebih orang ialah tuan punya bersama suatu cap dagangan berdaftar di bawah subseksyen (1).
(3)
Tertakluk pada subseksyen (4) atau apa-apa perjanjian yang bertentangan, setiap tuan punya bersama hendaklah berhak, dengan sendirinya atau melalui ejennya, untuk melakukan bagi faedahnya sendiri dan tanpa persetujuan atau keperluan untuk bertanggungjawab kepada yang lain, apa-apa perbuatan yang selainnya akan terjumlah kepada pelanggaran cap dagangan berdaftar.
(4)
Seorang tuan punya bersama tidak boleh tanpa persetujuan yang lain—
(a)
memberikan lesen untuk menggunakan cap dagangan berdaftar; atau
(b)
menyerah hak atau menggadaikan sahamnya dalam cap dagangan berdaftar.
(5)
Prosiding pelanggaran boleh dibawa oleh mana-mana tuan punya bersama, tetapi dia tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, meneruskan tindakan itu melainkan jika yang lain, atau setiap yang lain, sama ada dimasukkan sebagai plaintif atau ditambahkan sebagai defendan.
(6)
Seorang tuan punya bersama yang kemudiannya ditambah sebagai defendan tidak bertanggungan ke atas apa-apa kos dalam tindakan melainkan jika dia mengambil bahagian dalam prosiding itu.
(7)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini yang menyentuh pemberian relief interlokutori atas permohonan seorang tuan punya bersama tunggal.
(8)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang menyentuh hak dan kewajipan bersama para pemegang amanah atau wakil peribadi, atau hak dan kewajipan mereka.
Penyerahhakan, dsb., cap dagangan berdaftar