Malaysia legislation

Section 64

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 64

Cap Dagangan 73

(2)

Suatu penyerahhakan atau perpindahan lain cap dagangan berdaftar boleh untuk sebahagian yang terhad supaya terpakai berhubung dengan beberapa tetapi bukan semua barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan.

(3)

Suatu penyerahhakan cap dagangan berdaftar, atau persetujuan berhubung dengan cap dagangan berdaftar, tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika ia dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak, atau seseorang wakil peribadi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah terpakai bagi suatu penyerahhakan sebagai jaminan yang berkaitan dengan apa-apa penyerahhakan lain.

(5)

Cap dagangan berdaftar boleh menjadi subjek gadaian dengan cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh penyerahhakan atau perpindahan lain suatu cap dagangan tidak berdaftar sebagai sebahagian daripada nama baik suatu perniagaan.

Pendaftaran transaksi yang menyentuh cap dagangan berdaftar