Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(a)
seseorang yang mendakwa berhak kepada suatu kepentingan dalam atau di bawah suatu cap dagangan berdaftar menurut transaksi yang boleh didaftarkan itu; atau
(b)
mana-mana orang lain yang mendakwa terjejas oleh apa-apa transaksi.
Cap Dagangan 75
(2)
Sehingga suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1)
dan diluluskan oleh Pendaftar, transaksi itu tidak berkuat kuasa terhadap seseorang yang memperoleh kepentingan yang bercanggah dalam atau di bawah cap dagangan berdaftar dalam ketidaktahuan transaksi itu.
(3)
Seseorang yang menjadi tuan punya berdaftar menurut mana-mana transaksi yang boleh didaftarkan tidak berhak kepada ganti rugi atau akaun keuntungan berkenaan dengan apa-apa pelanggaran cap dagangan berdaftar yang berlaku selepas tarikh transaksi dan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(4)
Subseksyen (2) dan (3) tidak terpakai bagi apa-apa transaksi yang boleh didaftarkan berhubung dengan suatu lesen di bawah suatu cap dagangan berdaftar atau apa-apa hak dalam atau di bawah lesen itu.
(5)
Pendaftar boleh meminda atau mengeluarkan apa-apa butir yang berhubungan dengan kepentingan bercagar atas permohonan tuan punya berdaftar dan dengan persetujuan orang yang berhak untuk mendapat manfaat kepentingan itu mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Amanah dan ekuiti