Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
Dalam Bahagian ini—
(a)
“lesen eksklusif” ertinya suatu lesen, sama ada umum atau terhad, yang membenarkan pemegang lesen sehingga mengetepikan semua orang lain termasuk orang yang memberikan lesen itu, menggunakan cap dagangan berdaftar itu mengikut cara yang dibenarkan oleh lesen itu, dan ungkapan “pemegang lesen eksklusif” hendaklah ditafsirkan sewajarnya; dan
Cap Dagangan 77
(b)
“lesen” termasuklah suatu sublesen dan “pemegang lesen” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dan sebutan mengenai suatu lesen atau pemegang lesen termasuk sebutan mengenai suatu sublesen atau subpemegang lesen.
Pelesenan cap dagangan berdaftar