Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
(2)
Lesen terhad boleh terpakai—
(a)
berhubung dengan beberapa tetapi bukan semua barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan; atau
(b)
berhubung dengan penggunaan cap dagangan mengikut cara tertentu atau tempat tertentu.
(3)
Suatu lesen tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika lesen itu dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak pemberi.
(4)
Suatu lesen untuk menggunakan cap dagangan berdaftar hendaklah mengikat tiap-tiap pengganti dalam hakmilik kepada kepentingan pihak pemberi—
(a)
kecuali mana-mana orang yang, dengan suci hati dan tanpa apa-apa notis, sebenar atau konstruktif, mengenai lesen itu, telah memberikan balasan yang berharga bagi kepentingan dalam cap dagangan berdaftar itu; atau
(b)
melainkan jika lesen itu memperuntukkan selainnya, dan apa-apa sebutan mengenai melakukan apa-apa dengan, atau tanpa, persetujuan tuan punya berdaftar cap dagangan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(5)
Tiap-tiap orang hendaklah disifatkan mempunyai notis mengenai suatu lesen jika butir-butir yang ditentukan oleh Pendaftar
78
Undang-Undang Malaysia mengenai pemberian lesen itu dicatatkan dalam Daftar di bawah subseksyen 65(1).
(6)
Sekiranya lesen memperuntukkan sedemikian, suatu sublesen boleh diberikan oleh pemegang lesen.
(7)
Seksyen ini hendaklah terpakai, dengan pengubahsuaian yang perlu, bagi suatu lesen eksklusif.
Hak pemegang lesen dalam hal pelanggaran