Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(2)
Seseorang pemegang lesen adalah berhak, melainkan jika lesennya atau mana-mana lesen yang dalamnya kepentingannya diperoleh, memperuntukkan selainnya, untuk meminta tuan punya berdaftar cap dagangan itu untuk mengambil prosiding pelanggaran berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kepentingannya.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), jika tuan punya berdaftar enggan atau tidak membawa prosiding pelanggaran dalam masa dua bulan selepas diminta, pemegang lesen boleh membawa prosiding itu atas namanya sendiri seolah-olah dia ialah tuan punya berdaftar.
(4)
Jika prosiding pelanggaran dibawa oleh seseorang pemegang lesen menurut seksyen ini, pemegang lesen itu tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, meneruskan tindakan itu melainkan jika tuan punya berdaftar itu dimasukkan sama ada sebagai plaintif atau ditambah sebagai defendan.
(5)
Subseksyen (4) tidak menyentuh pemberian relief interlokutori ke atas suatu permohonan oleh pemegang lesen secara berseorangan.
(6)
Seorang tuan punya berdaftar yang ditambah sebagai defendan di bawah subseksyen (4) tidak boleh dipertanggungkan dengan
Cap Dagangan 79
apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika dia mengambil bahagian dalam prosiding itu.
(7)
Dalam prosiding pelanggaran yang dibawa oleh tuan punya berdaftar, apa-apa kerugian yang dialami atau berkemungkinan dialami oleh seseorang pemegang lesen hendaklah diambil kira dan
Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah setakat yang plaintif memegang hasil apa-apa remedi kewangan bagi pihak seorang pemegang lesen.
(8)
Peruntukan seksyen ini terpakai berhubung dengan pemegang lesen eksklusif jika atau setakat yang dia ada, di bawah subseksyen 71(1) dan (2), hak dan remedi pemegang serah hak seolah-olah dia ialah tuan punya berdaftar cap dagangan itu.
Pemegang lesen eksklusif mempunyai hak dan remedi pemegang serah hak