Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 71

(2)

Jika atau setakat peruntukan yang disebut dalam subseksyen (1), pemegang lesen adalah berhak, tertakluk pada peruntukan lesen dan seksyen ini, untuk membawa prosiding pelanggaran terhadap mana-mana orang selain tuan punya berdaftar, atas namanya sendiri.

(3)

Mana-mana hak dan remedi hak pemegang lesen eksklusif adalah bersamaan dengan hak dan remedi tuan punya berdaftar dan sebutan mengenai tuan punya berdaftar yang berhubungan dengan pelanggaran hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(4)

Dalam suatu tindakan yang dibawa oleh pemegang lesen eksklusif di bawah seksyen ini, seorang defendan boleh menggunakan untuk dirinya apa-apa pembelaan yang boleh digunakan olehnya seolah-olah tindakan itu telah dibawa oleh tuan punya berdaftar cap dagangan itu.

(5)

Jika prosiding bagi pelanggaran cap dagangan berdaftar yang

80

Undang-Undang Malaysia dibawa oleh tuan punya berdaftar atau pemegang lesen eksklusif itu berkaitan keseluruhannya atau sebahagiannya dengan suatu pelanggaran yang berkenaan dengan yang mereka mempunyai hak tindakan bersama, tuan punya berdaftar atau pemegang lesen eksklusif itu tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, meneruskan tindakan itu melainkan jika yang salah satu sama ada dimasukkan sebagai plaintif atau ditambah sebagai defendan.

(6)

Subseksyen (5) tidak menyentuh pemberian relief interlokutori atas permohonan oleh tuan punya berdaftar cap dagangan atau pemegang lesen eksklusif secara berseorangan.

(7)

Seseorang yang ditambah sebagai defendan di bawah subseksyen (4) tidak boleh dikenakan apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika dia mengambil bahagian dalam prosiding itu.

(8)

Jika suatu tindakan bagi pelanggaran suatu cap dagangan berdaftar yang dibawa berkaitan secara keseluruhannya atau sebahagiannya dengan pelanggaran yang berkenaan dengannya tuan punya berdaftar dan pemegang lesen eksklusif mempunyai atau pernah mempunyai hak tindakan bersama—

(a)

Mahkamah hendaklah menilai ganti rugi dengan mengambil kira—

(i)

terma lesen itu; dan

(ii)

apa-apa remedi kewangan yang telah diawardkan atau tersedia kepada mana-mana daripada mereka berkenaan dengan pelanggaran itu;

(b)

tiada akaun keuntungan boleh diarahkan sekiranya award ganti rugi telah dibuat, atau akaun keuntungan telah diarahkan, dengan memihak kepada orang yang lain berkenaan dengan pelanggaran itu; dan

(c)

Mahkamah hendaklah, jika suatu akaun keuntungan diarahkan, membahagikan keuntungan antara mereka sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah, tertakluk pada apa-apa perjanjian antara mereka.

(9)

Subseksyen (8) hendaklah terpakai sama ada atau tidak tuan punya berdaftar dan pemegang lesen eksklusif yang kedua-duanya merupakan pihak dalam tindakan itu, dan jika kedua-duanya bukan merupakan pihak, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya setakat yang pihak

Cap Dagangan 81

kepada prosiding itu memegang hasil apa-apa remedi kewangan bagi pihak yang lain.

(10)

Subseksyen (5) hingga (8) berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa perjanjian yang bertentangan antara pemegang lesen eksklusif dengan tuan punya berdaftar cap dagangan itu.