Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 75

Peraturan-peraturan yang berhubungan dengan Protokol Madrid

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan permohonan pendaftaran antarabangsa cap dagangan termasuk jika permohonan asas Malaysia atau pendaftaran gagal atau terhenti berkuat kuasa dan pembaharuannya;

(b)

semua perkara yang berhubungan dengan permintaan untuk meluaskan perlindungan ke Malaysia disebabkan daripada pendaftaran antarabangsa cap dagangan dan termasuk kesan daripada permintaan itu;

(c)

semua perkara yang berhubungan dengan perlindungan kepada pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan

Malaysia termasuk pemberhentian perlindungan itu;

(d)

semua perkara yang berhubungan dengan transformasi permohonan bagi pendaftaran antarabangsa, atau pendaftaran antarabangsa, menjadi suatu permohonan negara bagi pendaftaran termasuk kesan transformasi itu;

(e)

semua perkara yang berhubungan dengan pemotongan pendaftaran antarabangsa termasuk kesan pemotongan itu;

(f)

semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia termasuk permohonan bagi seksyen 61 dan Bahagian XIII dan XV;

(g)

pembayaran fi dan amaun yang ditetapkan berkenaan dengan permohonan bagi pendaftaran antarabangsa,

Cap Dagangan 83

pelanjutan perlindungan dan pembaharuan; dan

(h)

semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.

Konvensyen dan perkiraan antarabangsa

Perlindungan cap dagangan terkenal

Section 75 — TRADEMARKS ACT 2019 | mylaw.my