Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 79

(a)

akan menunjukkan kepada orang awam bahawa wujud kaitan antara organisasi dengan cap dagangan itu; atau

(b)

berkemungkinan tidak mengelirukan orang awam tentang wujud kaitan antara pengguna dengan organisasi itu.

(2)

Sebutan mengenai lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama organisasi antara kerajaan antarabangsa di bawah seksyen ini, terpakai sama rata dengan apa-apa yang dari sudut pandangan heraldik meniru apa-apa lambang itu.

88

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika di bawah seksyen ini, kebenaran suatu organisasi antara kerajaan antarabangsa hendaklah atau akan dikehendaki bagi pendaftaran cap dagangan, organisasi itu hendaklah berhak untuk menahan dengan injunksi apa-apa penggunaan cap dagangan di dalam Malaysia tanpa kebenarannya.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menjejaskan hak seseorang yang menggunakan dengan suci hati cap dagangan yang dipersoal sebelum 1 Januari 1989 (apabila peruntukan yang berkaitan dengan Konvensyen Paris mula berkuat kuasa berhubung dengan

Malaysia).

Pemberitahuan di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris

Section 79 — TRADEMARKS ACT 2019 | mylaw.my