Malaysia legislation

Section 82

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 82

(a)

bahawa dia ialah tuan punya berdaftar itu, atau pemegang lesen itu mempunyai kuasa untuk mengemukakan permohonan itu;

(b)

bahawa, pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam permohonan itu, barang-barang yang, berhubung dengan cap dagangan berdaftar itu, merupakan

Cap Dagangan 91

barang-barang yang melanggar dijangka akan diimport bagi maksud perdagangan; dan

(c)

bahawa dia membantah pengimportan itu.

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong oleh dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar yang berhubungan dengan barang-barang itu untuk membolehkan barang-barang itu dikenal pasti oleh pegawai diberi kuasa, dan bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(3)

Selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah menentukan permohonan itu, dan Pendaftar hendaklah dalam tempoh yang munasabah memaklumkan pemohon sama ada permohonan itu telah diluluskan.

(4)

Dalam menentukan tempoh yang munasabah di bawah subseksyen (3), Pendaftar hendaklah mengambil kira semua hal keadaan yang berkaitan bagi kes itu.

(5)

Suatu kelulusan di bawah subseksyen (3) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga akhir tempoh enam puluh hari mulai hari kelulusan itu diberikan, melainkan jika kelulusan itu ditarik balik sebelum berakhirnya tempoh itu oleh pemohon dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pendaftar.

(6)

Jika suatu kelulusan telah diberikan di bawah seksyen ini dan belum luput atau ditarik balik, pengimportan apa-apa barang-barang yang melanggar ke dalam Malaysia bagi jangka masa yang dinyatakan dalam kelulusan itu adalah dilarang.

(7)

Apabila memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (3)

Pendaftar hendaklah dengan serta-merta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memberitahu pegawai diberi kuasa.

(8)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah diberitahu oleh

Pendaftar di bawah subseksyen (7), pegawai diberi kuasa hendaklah mengambil tindakan yang perlu untuk melarang mana-mana orang daripada mengimport barang-barang yang melanggar yang dikenal pasti dalam notis itu, yang bukan barang-barang dalam perjalanan, dan hendaklah menyita dan menahan barang-barang yang dikenal pasti itu.

92

Undang-Undang Malaysia

Cagaran

Section 82 — TRADEMARKS ACT 2019 | mylaw.my