Malaysia legislation

Section 83

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 83

Pendaftar hendaklah, selepas memberikan kelulusannya di bawah seksyen 82, menghendaki pemohon untuk mendepositkan dengan Pendaftar suatu cagaran yang pada pendapat Pendaftar mencukupi untuk—

(a)

membayar ganti kepada Pendaftar bagi apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung disebabkan penyitaan barang-barang yang melanggar itu;

(b)

menghalang penyalahgunaan dan melindungi pengimport; atau

(c)

membayar apa-apa pampasan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah di bawah Bahagian ini.

Penyimpanan selamat barang-barang yang disita