Malaysia legislation

Section 86

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 86

(2)

Aku janji yang diperlukan di bawah subseksyen (1) ialah aku janji secara bertulis bahawa orang yang memberi aku janji itu hendaklah—

(a)

memulangkan sampel barang-barang yang disita itu kepada Pendaftar pada masa yang dinyatakan yang memuaskan hati Pendaftar; dan

(b)

mengambil penjagaan yang munasabah untuk mencegah kerosakan kepada sampel itu.

(3)

Jika pemohon memberikan aku janji yang diperlukan, Pendaftar boleh membenarkan pemohon mengambil sampel barang-barang yang disita itu daripada jagaan Pendaftar bagi pemeriksaan oleh pemohon.

94

Undang-Undang Malaysia

(4)

Jika pengimport memberikan aku janji yang diperlukan,

Pendaftar boleh membenarkan pengimport untuk mengambil sampel barang-barang yang disita itu daripada jagaan Pendaftar bagi pemeriksaan oleh pengimport.

(5)

Jika Pendaftar membenarkan pemeriksaan barang-barang yang disita itu, atau pengambilan sampel barang-barang yang disita itu, oleh pemohon mengikut seksyen ini, Pendaftar tidaklah bertanggungan kepada pengimport bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengimport berbangkit daripada—

(a)

kerosakan kepada mana-mana barang-barang yang disita yang berlaku semasa pemeriksaan itu; atau

(b)

apa-apa jua yang dilakukan oleh pemohon atau mana-mana orang lain kepada, atau berhubung dengan, sampel yang diambil daripada jagaan Pendaftar atau apa-apa penggunaan sampel itu yang dibuat oleh pemohon atau mana-mana orang lain.

Pelucuthakan barang-barang yang disita dengan keizinan