Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
(a)
memerintahkan supaya barang-barang yang disita itu dilepaskan kepada pengimport tertakluk pada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Mahkamah;
(b)
memerintahkan supaya barang-barang yang disita itu tidak dilepaskan kepada pengimport sebelum berakhir tempoh yang dinyatakan; atau
(c)
memerintahkan supaya barang-barang yang disita itu dilucuthakkan, bergantung kepada hal keadaan kes itu.
(2)
Pendaftar atau pegawai diberi kuasa hendaklah berhak untuk didengar semasa pendengaran sesuatu tindakan bagi pelanggaran.
(3)
Mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa Pendaftar atau mana-mana pihak berkuasa dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang lain untuk mengekalkan pengawalan barang-barang yang disita itu.
(4)
Pendaftar hendaklah mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(5)
Mahkamah boleh memerintahkan pemohon itu untuk membayar pampasan dalam apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah kepada defendan itu jika—
(a)
tindakan itu ditolak atau dihentikan, atau jika
Mahkamah memutuskan bahawa cap dagangan berdaftar yang berkaitan itu tidak dilanggar dengan pengimportan barang-barang yang disita itu; dan
(b)
defendan kepada tindakan bagi pelanggaran itu memuaskan hati
Mahkamah bahawa dia telah menanggung kerugian atau kerosakan akibat daripada
Cap Dagangan 97
penyitaan barang-barang itu.
Pelupusan barang-barang yang disita yang diperintahkan supaya dilucuthakkan