Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA RESIT DEPOSIT PERBENDAHARAAN 1952

Seksyen 7

Faedah

(2)

Menteri Kewangan hendaklah dari semasa ke semasa melalui perintah yang diberitahu dalam Warta menetapkan kadar faedah yang akan dibayar bagi setahun ke atas deposit perbendaharaan yang berlainan jangka masa.

(3)

Kadar faedah yang akan dibayar ke atas mana-mana deposit perbendaharaan hendaklah kadar yang berkuat kuasa pada tarikh membuat deposit itu.

(4)

Faedah ke atas semua deposit perbendaharaan hendaklah kena dibayar setiap tahun pada hari ulang tahun tarikh membuat deposit itu hendaklah dibayar kepada pemegang resit deposit perbendaharaan berkaitan dengan deposit itu di Perbendaharaan Persekutuan apabila resit deposit perbendaharaan tersebut dikemukakan kepada Menteri

Kewangan, yang hendaklah mengendorskan butir-butir tentang tarikh dan amaun faedah yang dibayar sedemikian di belakang resit deposit perbendaharaan tersebut; dan endorsemen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa faedah yang dinyatakan dalam endorsemen itu telah dibayar.

(5)

Tiada apa jua faedah boleh dibayar atau atau kena dibayar ke atas mana-mana deposit perbendaharaan selepas tamat tempoh bagi mana deposit itu telah dibuat.

Pembayaran balik deposit perbendaharaan