Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Seksyen ini tidak membolehkan seseorang pemegang amanah tunggal, kecuali jika pemegang amanah itu suatu perbadanan amanah, memberikan resit yang sah bagi hasil jualan atau wang modal lain yang diperoleh daripada amanah untuk menjual tanah.
(3)
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam pelupusan tanah atas amanah untuk menjual atau dalam penyelesaian hasil bersihnya, hasil jualan atau wang modal lain yang diperoleh daripada pelupusan itu tidak boleh dibayar pada atau digunakan dengan arahan daripada kurang daripada dua orang yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi pelupusan itu, kecuali jika pemegang amanah itu suatu perbadanan amanah, tetapi subseksyen ini tidak menjejaskan hak seseorang wakil peribadi tunggal atas sifatnya sedemikian untuk memberikan resit yang sah bagi, atau mengarahkan penggunaan hasil jualan atau wang modal lain yang tersebut dahulu; juga tidak menjadikannya perlu mempunyai lebih daripada seorang pemegang amanah, kecuali jika wang modal itu diperoleh daripada sesuatu transaksi.
(4)
Seksyen ini terpakai walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu.
Pemegang Amanah 27
Kuasa mengkompaun liabiliti