Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Seseorang pemegang amanah atau wakil diri yang bertindak bagi maksud lebih daripada satu amanah atau estet tidaklah, jika tidak ada fraud, terjejas oleh permakluman mengenai sesuatu surat cara, perkara, fakta atau benda yang berhubungan dengan sesuatu amanah atau estet tertentu jika dia telah mendapat notis mengenainya semata-mata oleh kerana dia bertindak atau telah bertindak bagi maksud amanah atau estet yang lain.