Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
tentang perlunya dipelbagaikan pelaburan-pelaburan amanah itu, setakat yang bersesuaian dengan keadaan amanah itu, dan tentang tahap risiko yang ada pada pemegangan sesuatu pelaburan tertentu atau pelaburan-pelaburan daripada sesuatu jenis tertentu; dan
(b)
tentang kesesuaian pada amanah itu pelaburan daripada jenis pelaburan yang dicadangkan itu dan tentang kesesuaian pelaburan yang dicadangkan itu sebagai suatu pelaburan daripada jenis itu;
(2)
Seseorang pemegang amanah yang kuasa pelaburannya terhad kepada membuat pelaburan yang dinyatakan dalam seksyen 4, hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa untuk melabur dalam apa-apa sekuriti, unit atau syer yang disebut dalam seksyen 5, mendapatkan nasihat yang wajar mengenai persoalan sama ada pelaburan itu memuaskan dengan memberi perhatian tentang perkara-perkara yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b), dan hendaklah menimbangkan nasihat yang diperoleh itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi Pemegang
Amanah Raya* dan bagi syarikat amanah yang ditakrifkan dalam Akta
Syarikat Amanah 1949.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2) nasihat yang wajar adalah sama ada nasihat seorang broker stok yang diperoleh melalui pengurus bank pemegang amanah itu atau nasihat seorang akauntan yang diberi kuasa.
(b)
Dalam subseksyen ini “pengurus bank” ertinya pengurus bank (termasuk cawangan bank) yang dilesenkan di bawah seksyen 3
Akta Bank 1973 [Act 102]**, dan “akauntan yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa secara bertulis di bawah mana-mana
*CATATAN—Perkataan “Pemegang Amanah” kini dirujuk sebagai “perbadanan” di bawah nama Amanah
Raya Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] menurut seksyen 2 dan subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532].
**CATATAN—Akta Bank 1973 [Akta 102] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989 [Akta 372]-lihat subseksyen 128(1) Akta 372. Kini Akta Bank dan Insititusi-Institusi
Kewangan 1989 [Akta 372] dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]-lihat seksyen 271 Akta 758.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
undang-undang bertulis berhubungan dengan syarikat, menjadi juruaudit syarikat pada amnya.
(4)
Seseorang pemegang amanah yang menyimpan apa-apa sekuriti, unit atau bahagian sebagaimana disebut dalam seksyen 5, hendaklah menentukan ketikanya hal-keadaan itu, dan khususnya jenis pelaburan itu, menyebabkannya perlu mendapatkan apa-apa nasihat sebagaimana tersebut dahulu, dan hendaklah mendapat dan menimbangkan nasihat itu dengan sewajarnya.
(5)
Seseorang pemengang amanah tidak boleh dikira sebagai telah mematuhi subseksyen (2) hingga (4) melainkan jika nasihat itu telah diberi, atau telah disahkan kemudiannya, secara bertulis.
(6)
Subseksyen (2) hingga (4) tidak terpakai bagi seorang daripada dua orang atau lebih pemegang amanah jika dia adalah orang yang memberi nasihat yang dikehendaki oleh seksyen ini kepada pemegang amanah bersama atau pemegang-pemegang amanah bersamanya.
Kuasa pelaburan statutori