Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(2)
Jika Menteri, setelah memberi perhatian pada takat, jenis dan tujuan serta keadaan-keadaan lain kumpulan atau persatuan orang-orang itu, berpendapat bahawa pemerbadanan itu bermanfaat, dia boleh memberi perakuan itu dengan sewajarnya, tertakluk kepada apa-apa syarat atau arahan secara am yang difikirkannya patut dimasukkan ke dalam perakuan itu, dan khususnya yang berhubungan dengan kelayakan dan bilangan pemegang-pemegang amanah, tempoh dan perlucutan jawatan, cara perlantikan pemegang amanah baru, penyimpanan dan penggunaan meteri am, amaun tanah yang boleh dipegang oleh pemegang amanah itu, dan maksud-maksud tanah itu akan digunakan.
(3)
Pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah itu hendaklah sesudah itu menjadi suatu pertubuhan perbadanan mengikut nama yang diperihalkan dalam perakuan tersebut, dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri am dan kuasa untuk mendakwa dan didakwa atas nama perbadanan itu, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terkandung di dalam perakuan itu mempunyai kuasa memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih dan dengan surat cara di bawah meteri am itu menjual, memindah hak, menyerah hak, menyerah dan memulang, menggadaijanji, menggadai, mendemais, menyerah hak semula, memindah atau secara lain melupus harta alih dan harta tak alih yang kini atau kemudian daripada ini dipunyai oleh, atau dipegang bagi faedah, kumpulan atau persatuan orang-orang sedemikian, mengikut apa-apa cara dan dengan cara yang serupa, dan tertakluk kepada apa-apa sekatan dan peruntukan, seperti pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah itu boleh membuat, tanpa pemerbadanan sedemikian, bagi maksud-maksud kumpulan atau persatuan orang-orang tersebut.