Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa
Pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 47(1A) Akta hendaklah diawasi oleh pegawai
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur mengikut cara yang berikut:
(a)
untuk memberikan taklimat mengenai skop dan tatacara pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;
(b)
untuk menunjukkan cara penggunaan yang betul dan selamat bagi setiap peralatan;
P.U. (A) 235 3
(c)
untuk menerangkan tatacara keselamatan sebelum melaksanakan suatu khidmat masyarakat;
(d)
untuk memastikan langkah kawalan keselamatan diambil, termasuk menyediakan tanda amaran, sarung tangan, pelitup muka dan jaket keselamatan;
(e)
untuk mengawasi pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;
(f)
untuk merekodkan kehadiran dan pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;
dan
(g)
untuk menyediakan suatu laporan mengenai pelaksanaan suatu khidmat masyarakat.