Malaysia legislation
Section 28
of UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (PELABUHAN PASIR GUDANG) (SKALA CAJ) (PINDAAN) 2025
Seksyen 28
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pengendalian kepada Lembaga bagi penggunaan kelengkapan pengendalian kargo pukal dalam mengendalikan kargo pukal kering, kargo pecah pukal dan kargo pukal cecair pada kadar yang dinyatakan dalam Bahagian 14 Jadual Kedua.”.
Pindaan undang-undang kecil 29 7.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam undang-undang kecil 29—
(a)
dengan menggantikan subperenggan (a) dengan subperenggan yang berikut:
“(a)
caj jambatan timbang;”;
(b)
dalam subperenggan (p), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;
(c)
dalam subperenggan (q), dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan itu dengan koma bernoktah; dan
P.U. (A) 379 5
(d)
dengan memasukkan selepas subperenggan (q) subperenggan yang berikut:
“(r)
caj perkhidmatan TPPP;
(s)
caj perkhidmatan keselamatan dan kecemasan; dan
(t)
caj perkhidmatan sampingan.”.
Pindaan undang-undang kecil 30 8.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam undang-undang kecil 30—
(a)
dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dan penimbangan”; dan
(b)
dengan memotong perkataan “dan penimbangan”.
Pindaan undang-undang kecil 32 9.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam undang-undang kecil 32—
(a)
dengan menggantikan subperenggan (1)(a) dengan subperenggan yang berikut:
“(a)
kontena biasa bermuatan import, eksport atau pindah kapal yang mengandungi barang tidak berbahaya atau barang berbahaya Kumpulan III atau kontena biasa kosong pada kadar yang dinyatakan dalam butiran 1 Bahagian 4 Jadual Ketiga;”; dan
(b)
dalam subperenggan 1(b), dengan menggantikan perkataan “kontena DLU dan kontena rosak” dengan perkataan “kontena DLU atau kontena rosak”.
P.U. (A) 379 6
Pindaan undang-undang kecil 33 10.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam undang-undang kecil 33 dengan memasukkan selepas perkataan “caj perkhidmatan kontena sejuk” perkataan
“yang termasuklah penyambungan atau pemotongan bekalan elektrik dan pemeriksaan atau pemantauan kontena sejuk itu”.
Pindaan undang-undang kecil 46 11.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam undang-undang kecil 46—
(a)
dalam subperenggan (d), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;
(b)
dalam subperenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan itu dengan koma bernoktah; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (e) subperenggan yang berikut:
“(f)
caj bagi membetulkan, mengemas kini atau meminda maklumat jenis kargo suatu kontena, suhu kontena sejuk yang tidak betul, kod ISO, destinasi akhir suatu kontena, pekapal atau penerima konsain suatu kontena, nombor lak suatu kontena atau apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan suatu kontena pada kadar yang dinyatakan dalam butiran 6 Bahagian 21