Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pindaan undang-undang kecil 3
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 3(1) dengan perenggan yang berikut:
“3. (1) Jumlah wang yang dikehendaki dipungut bagi mengkompaun suatu kesalahan tidak boleh lebih daripada lima puluh peratus daripada denda maksimum yang dengannya kesalahan itu boleh dihukum oleh Akta atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.”.
Diperbuat oleh Majlis Perbandaran Kemaman dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2020 [Rujukan : MPK/UUU/1979/1/52]
JUSMAN BIN IBRAHIM
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kemaman
Disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam Mesyuaratnya pada 14 April 2021
[Rujukan : SUK. TR.(R).1200/346/3/1; PUN.TR.26/2020/2]
ZULKIFLY BIN ISA
Setiausaha
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Terengganu