Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Seseorang anggota kakitangan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan am Naib Canselor.
Tatatertib kakitangan Universiti
*23a. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua kakitangannya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan kesemua orang itu mengikut Akta ini dan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
(2)
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori kakitangan yang berlainan.
(3)
Jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib bagi tiap-tiap kakitangan yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(4)
Tiada kakitangan boleh menjadi anggota mana-mana jawatankuasa tatatertib yang mempunyai kuasa tatatertib ke atas mana-mana kakitangan yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
(5)
Dalam apa-apa hal jika seseorang anggota jawatankuasa tatatertib itu sendiri merupakan pengadu dalam apa-apa prosiding tatatertib di hadapan jawatankuasa tatatertib itu, dia tidak boleh hadir dalam prosiding itu dan Lembaga hendaklah melantik mana-mana orang lain untuk mengambil bahagian dalam prosiding itu.
*CATATAN—Seksyen 23a yang telah dimasukkan melalui seksyen 27 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
31
(6)
Dalam menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman tatatertib atau lebih yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
(7)
Jawatankuasa tatatertib tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan Naib Canselor.
(8)
Mana-mana kakitangan yang tidak berpuas hati dengan keputusan jawatankuasa tatatertib boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu kepadanya, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Lembaga.
(9)
Apabila Lembaga menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (8), anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, yang juga merupakan anggota
Lembaga, tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
(10)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib atau memberikan apa-apa arahan tentang rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan patut.
(11)
Keputusan Lembaga atas sesuatu rayuan adalah muktamad.
Bahagian IVa
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PELAJAR
Tatatertib pelajar Universiti
*23b. (1) Naib Canselor hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas tiap-tiap pelajar.
(2)
Naib Canselor hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
*CATATAN—Seksyen 23b yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 173
(3)
Naib Canselor boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi tatatertibnya kepada mana-mana anggota kakitangan, atau kepada mana-mana lembaga anggota kakitangan, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu, atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti:
Dengan syarat bahawa tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen ini kepada mana-mana anggota kakitangan sebagaimana yang diarahkan secara bertulis oleh Menteri.
(4)
Anggota kakitangan atau lembaga anggota kakitangan yang kepadanya kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3) telah diwakilkan hendaklah menjalankan, menunaikan atau melaksanakannya di bawah arahan dan kawalan
Naib Canselor yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan anggota kakitangan atau lembaga anggota kakitangan itu.
(5)
Mana-mana pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan—
(a)
Naib Canselor; atau
(b)
mana-mana orang atau lembaga yang diwakilkan dengan kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3), boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dan Menteri boleh, jika difikirkannya patut, menolak terus rayuan itu.
(6)
Jika Menteri tidak menolak terus rayuan itu di bawah subseksyen (5), dia hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar
Universiti, untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat syornya kepada Menteri dan, apabila syor itu diterima, Menteri bolehlah memberikan apa-apa keputusan mengenai rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan patut.
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
*23c. (1) Universiti hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (“JPP”).
*CATATAN—Seksyen 23c yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
33
(2)
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi JPP.
Penubuhan badan pelajar lain
*23d. (1) Walau apa pun seksyen 23c, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar—
(a)
dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Naib
Canselor yang diberikan selepas mendapat persetujuan
Menteri; dan
(b)
tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar bagi menganjurkan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Universiti.
(2)
Peruntukan Jadual Ketiga, kecuali perenggan 1 dan 7, hendaklah terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu bagi sesuatu badan pelajar di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi JPP.
Pembubaran JPP atau badan pelajar lain
**23e. (1) Menteri atau Naib Canselor boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya—
(a)
menggantung atau membubarkan JPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23d;
dan
(b)
memberikan apa-apa arahan atau petunjuk yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu.
*CATATAN—Seksyen 23d yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
**CATATAN—Seksyen 23e yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 173
(2)
Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23d—
(a)
hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta apabila dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarkan JPP atau badan pelajar itu; dan
(b)
adalah muktamad.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb., kecuali jika diluluskan oleh Menteri
*23f. (1) Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menjadi anggota, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain—
(a)
sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang;
(b)
sama ada ia di dalam atau di luar Universiti; dan
(c)
sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.
(2)
Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, boleh bergabung, bersekutu atau mempunyai apa-apa urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain—
(a)
sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang;
(b)
sama ada ia di dalam atau di luar Universiti; dan
(c)
sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia,
*CATATAN—Seksyen 23f yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
35
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.
(3)
Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan—
(a)
sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau
(b)
sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.
(4)
Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan—
(a)
sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau
(b)
sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang
*23g. (1) Tiada pelajar, atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh di dalam atau di luar kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia—
(a)
memungut atau cuba memungut;
*CATATAN—Seksyen 23g yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 173
(b)
menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan;
(c)
membuat atau cuba membuat apa-apa rayuan secara lisan atau bertulis atau selainnya untuk mendapatkan, apa-apa wang atau harta lain daripada mana-mana orang, yang bukan wang atau harta yang genap masanya atau hampir genap masanya untuk dipungut di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi lain di sisi undang-undang.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3)
Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberi mana-mana orang pengecualian daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk pada apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.
(4)
Tanpa menjejaskan peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (3)
kepada Naib Canselor berkenaan dengan pemungutan wang di dalam kampus daripada orang di dalam kampus, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
(5)
Peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemungutan rumah ke rumah dan di jalan, pemungutan awam, atau pemungutan wang atau penjualan lencana.
Universiti Teknologi MARA
37
Liabiliti jenayah pemegang jawatan, dsb., pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
*23h. (1) Jika apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis—
(a)
sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya; dan
(b)
kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak—
(i)
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini; atau
(ii)
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu pada masa kesalahan itu dilakukan hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(2)
Mana-mana pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.
*CATATAN—Seksyen 23h yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 173
(3)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang disebut dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milikan mana-mana pemegang jawatan, atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, pertubuhan, badan atau kumpulan itu, atau dalam milikan seseorang anggota pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Anggapan
*23i. Dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini—
(a)
tidaklah perlu bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang mempunyai sesuatu nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan sesuatu nama tertentu;
(b)
jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, atau berupa sebagai berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu ialah anggota pertubuhan, badan atau kumpulan itu, dan pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, wujud pada masa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran itu dijumpai sedemikian; dan
(c)
jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
*CATATAN—Seksyen 23i yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Universiti Teknologi MARA
39
Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan jenayah atau yang terhadapnya kesalahan jenayah dibuktikan
*23j. (1) Jika seseorang pelajar dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah—
(a)
dia boleh, dengan serta-merta selepas itu, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan
(b)
dia tidak boleh, jika digantung sedemikian di bawah perenggan (a), semasa menanti keputusan prosiding jenayah itu, berada di dalam atau memasuki kampus
Universiti.
(2)
Jika mahkamah mendapati bahawa pertuduhan atas suatu kesalahan jenayah dibuktikan terhadap seseorang pelajar—
(a)
pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, terhenti menjadi seorang pelajar; dan
(b)
pelajar itu tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti.
(3)
Seseorang pelajar yang ditahan atau yang tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri—
(a)
hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, terhenti menjadi pelajar; dan
(b)
tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti.
(4)
Seseorang pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah subseksyen (2) atau (3) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk menjadi pelajar Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
*CATATAN—Seksyen 23j yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 173
(5)
Mana-mana orang—
(a)
yang berada di dalam atau memasuki kampus Universiti berlanggaran dengan subseksyen (1), (2) atau (3); atau
(b)
yang dapat masuk menjadi pelajar Universiti berlanggaran dengan subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(6)
Subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi seseorang walaupun mungkin terdapat apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain yang belum diputuskan di dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan prosiding jenayah, tahanan, atau perintah yang mengenakan sekatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa apabila permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain itu diputuskan, Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan perhatian kepada keputusan itu dan memberikan pengecualian kepada pelajar itu daripada pemakaian subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut budi bicara mutlaknya.
(7)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1),
(2)
, (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada—
(a)
tanpa syarat;
(b)
atas apa-apa terma dan syarat; atau
(c)
bagi apa-apa tempoh, yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.
Universiti Teknologi MARA
41
(8)
Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada Naib Canselor, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu.
Kuasa Menteri untuk menggantung atau membuang pelajar daripada Universiti
*23k. (1) Menteri boleh—
(a)
apabila dibuat representasi oleh Universiti; dan
(b)
jika dia berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian demi kepentingan Universiti;
memerintahkan secara bertulis supaya mana-mana pelajar—
(A)
digantung daripada menjadi pelajar bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu; atau
(B)
dibuang daripada Universiti, dan pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, digantung atau dibuang sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Seseorang pelajar yang berkenaan dengannya Menteri telah memberikan perintah secara bertulis di bawah subseksyen (1)
boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu, membuat representasi kepada Menteri supaya perintah itu dibatalkan atau diubah.
(3)
Menteri boleh memberikan apa-apa keputusan yang difikirkannya sesuai dan patut berkenaan dengan mana-mana representasi yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan keputusan itu adalah muktamad.
*CATATAN—Seksyen 23k yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi
MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 173
(4)
Sesuatu perintah untuk menggantung seseorang pelajar di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, dilanjutkan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Menteri berkenaan dengan setiap pelanjutan.
(5)
Seseorang pelajar—
(a)
yang digantung daripada menjadi pelajar; atau
(b)
yang dibuang daripada Universiti, di bawah subseksyen (1), tidak boleh, dalam masa penggantungan itu, atau selepas pembuangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis
Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
(6)
Seseorang pelajar yang dibuang daripada Universiti di bawah subseksyen (1) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk menjadi pelajar Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
(7)
Seseorang pelajar—
(a)
yang berada di dalam atau memasuki kampus Universiti berlanggaran dengan subseksyen (5); atau
(b)
yang dapat masuk menjadi pelajar Universiti berlanggaran dengan subseksyen (6), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya.
(8)
Suatu perintah untuk menggantung atau membuang seseorang pelajar daripada Universiti di bawah seksyen ini boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri dan Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membuat pembatalan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan.
Universiti Teknologi MARA
43
Pengeluaran daripada, atau penahanan masuk ke dalam,
Universiti pelajar yang digantung atau dibuang
*23l. Jika seseorang pelajar digantung atau dibuang daripada
Universiti di bawah Akta ini, Naib Canselor—
(a)
hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah yang perlu untuk memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam, Universiti dengan bantuan mana-mana kakitangan Universiti; dan
(b)
boleh meminta mana-mana pegawai polis membantu dalam memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam,
Universiti dan pegawai polis itu boleh, atas permintaan itu, bagi maksud itu, menggunakan apa-apa kekerasan yang munasabah atau selainnya sebagaimana yang perlu ke atas pelajar itu atau mana-mana orang lain.