Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Mana-mana harta atau wang yang diterima oleh Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut peruntukan
Akta ini dan hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat yang dengannya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan olehnya bagi segala atau mana-mana maksud Universiti mengikut peruntukan Akta ini.
(3)
Suatu daftar hendaklah disimpan bagi semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang dengannya harta atau wang itu telah diberikan.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 173
(4)
Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta atau wang itu telah diberikan dan diterima dan hendaklah diperakaunkan secara berasingan.
Pengenaan surcaj 28a. (1) Seseorang yang merupakan atau pernah menjadi kakitangan Universiti boleh disurcaj jika didapati oleh Lembaga bahawa orang itu—
(a)
telah tidak memungut wang yang terhutang kepada
Universiti yang pemungutannya menjadi atau pernah menjadi tanggungjawabnya;
(b)
bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada
Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c)
bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti;
(d)
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(e)
telah tidak membuat apa-apa pembayaran wang, atau bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam membuat pembayaran wang daripada Universiti, kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Universiti.
(2)
Lembaga hendaklah, sebelum seseorang disurcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj.
Universiti Teknologi MARA
49
(3)
Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—
(a)
dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadap orang itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan nilai, atau kerugian yang disebabkan, pada wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti; dan
(b)
dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(4)
Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).
(5)
Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan
Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.
(6)
Amaun mana-mana surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)
hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Universiti daripada orang yang disurcaj itu dan boleh dituntut dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Universiti dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan melalui potongan—
(a)
daripada gaji orang yang disurcaj; atau
(b)
daripada pencen orang yang disurcaj, melalui ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
(7)
Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Naib Canselor, keanggotaan Lembaga bagi maksud subseksyen (1) hingga (6)
hendaklah tidak termasuk Naib Canselor.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 173
(8)
Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan”
termasuklah tiap-tiap kakitangan Universiti yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Universiti, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang itu, dan tiap-tiap kakitangan yang dipertanggungkan untuk menerima, menjaga atau melupuskan, atau mengakaunkan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Universiti atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta itu.