Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam prosiding sivil oleh atau terhadap
(a)
mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam
Persekutuan dan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
(b)
mana-mana pegawai Universiti yang diberi kuasa bagi maksud itu mengikut arahan khas atau am Naib Canselor, boleh, bagi pihak Universiti, memulakan, membawa, menghadiri dan menjalankan pembicaraan itu dan boleh membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati 34a. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Lembaga;
(b)
anggota Lembaga;
(c)
Naib Canselor;
(d)
Timbalan Naib Canselor;
(e)
Senat;
(f)
anggota Senat;
(g)
kakitangan Universiti; dan
(h)
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g),
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 173
bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini dengan kepercayaan munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya.
Penyampaian 34b. (1) Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terkesan olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya diserahkan dalam perjalanan biasa pos.
(2)
Jika orang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah
Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa ada surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan, abai atau tidak mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian.
Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah