Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Seksyen 12

(a)

menubuhkan suatu Kampus Universiti di dalam atau di luar Malaysia;

(b)

memberikan nama atau gelaran yang sesuai bagi Kampus itu;

(c)

menentukan tapak atau tempat Kampus itu, yang menjadi tapak atau tempat yang hendaklah menjadi tambahan kepada Kampus tempat Universiti itu didirikan; dan

(d)

menetapkan apa-apa perkara lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan Perintah Kampus itu.

(2)

Menteri boleh meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu

Perintah Kampus melalui suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.

(3)

Jika mana-mana kawasan dikehendaki untuk digunakan oleh

Universiti secara sementara bagi apa-apa maksud, Naib Canselor boleh, dengan keizinan Lembaga, meluluskan penggunaan kawasan itu bagi maksud itu oleh Universiti itu bagi apa-apa tempoh yang disifatkannya perlu, dan peruntukan Akta ini, Perlembagaan, Statut,

Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti hendaklah terpakai bagi kawasan itu sebagaimana yang Perlembagaan, Statut,

Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti itu terpakai bagi suatu Kampus.

Pengambilan tanah bagi maksud Universiti

Section 12 — UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971