Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
(2)
, seseorang pelajar
Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.
(2)
Seseorang pelajar Universiti tidak boleh—
Universiti dan Kolej Universiti 19
(a)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau
(c)
terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.
(3)
Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepintingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—
(a)
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b)
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan (3)(b)
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
(5)
Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang