Malaysia legislation
Section 15D
Seksyen 15D
(a)
dia boleh, mengikut budi bicara Naib Canselor, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan
(b)
jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki Kampus.
(2)
Jika seseorang pelajar Universiti yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(3)
Jika seseorang pelajar Universiti ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(4)
Seseorang pelajar Universiti yang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan Senat, dibenarkan untuk menduduki peperiksaan
Universiti itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan.
(5)
Seseorang pelajar Universiti yang digantung daripada menjadi pelajar Universiti itu di bawah subseksyen (1) boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana
Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan bertulis
Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(6)
Seseorang pelajar Universiti yang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk sebagai pelajar
Universiti itu atau mana-mana Universiti lain yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(7)
Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar Universiti bagi suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada Universiti atau telah menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di
Universiti itu dan tempoh penggantungan atau pemenjaraan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.
(8)
Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorang pelajar Universiti di
Universiti dan Kolej Universiti 23
bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di Universiti itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia tertakluk kepadanya tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.
Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar