Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Seksyen 17

Perlembagaan hendaklah mengadakan perlindungan faedah di bawah skim kumpulan wang simpanan

Perlembagaan boleh menubuhkan suatu skim kumpulan wang simpanan bagi pekerjanya dan peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu skim simpanan itu—

(a)

tiada apa-apa insurans atas nyawa seseorang pencarum di bawah sesuatu skim simpanan dan juga tiada apa-apa wang atau faedah lain yang diterima di bawah insurans itu atau dengan apa-apa cara lain di bawah sesuatu skim itu boleh diambil untuk menjelaskan apa-apa jua hutang atau tuntutan terhadap pencarum atau hartanya, ataupun digarnis, ditahan, diasingkan atau dilevi bagi maksud demikian itu melainkan jika Universiti, menurut budi bicaranya, telah menyerahhakkan insurans, wang atau faedah lain kepada pencarum itu untuk kegunaan dan faedah mutlaknya atau, jika sekiranya pencarum itu mati, kepada wakil dirinya di sisi undang-undang;

Universiti dan Kolej Universiti 27

(b)

tertakluk kepada apa-apa amanah atau kuasa budi bicara tentang penggunaannya yang diberikan oleh mana-mana

Akta atau kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan kepada Universiti atau orang lain yang mentadbirkan skim simpanan itu, semua wang dan faedah yang terbit daripada mana-mana skim simpanan itu hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat pencarum yang mati atau apabila pencarum itu mati tidak berwasiat;

(c)

tiada apa-apa derma atau caruman kepada sesuatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan atau apa-apa bunga atas derma atau caruman itu boleh diserahhakkan atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau tentang apa-apa jua hutang atau tuntutan melainkan hutang yang kena dibayar kepada Universiti;

(d)

tiada apa-apa derma atau caruman atau bunga boleh tertakluk kepada hutang pencarum dan juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu boleh berpindah kepada

Ketua Pengarah Insolvensi apabila pencarum menjadi bankrap, akan tetapi jika pencarum dihukum menjadi seorang bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut hukuman Mahkamah, derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan Perlembagaan dan mana-mana

Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan, disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya apabila pencarum mati;

(e)

kebankrapan seseorang pencarum tidak menghalang potongan yang dibuat daripada gaji pencarum mengikut mana-mana Akta atau kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan tetapi sebaliknya potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong itu tidak boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(f)

tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan segala wang yang kena dibayar atau yang dibayar dari mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah skim simpanan apabila mati seseorang pencarum hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat pencarum yang mati itu atau apabila pencarum itu mati tidak berwasiat, atau mengikut penamaan dalam borang yang ditetapkan di bawah skim itu, akan tetapi tidak boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka pencarum itu atau tidak boleh digunakan untuk membayar hutangnya.

Peruntukan peralihan

Section 17 — UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971