Malaysia legislation
Section 24C
Seksyen 24C
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Lembaga;
(b)
ahli Lembaga;
(c)
Naib Canselor;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(d)
Timbalan Naib Canselor;
(e)
Senat;
(f)
ahli Senat;
(g)
pegawai atau pekerja Universiti; dan
(h)
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g), bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menunaikan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan semunasabahnya mempercayai bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan hendak dicapai melaluinya.
Pekhidmat awam