Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Canselor
Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan gelaran apa jua disebut, yang dilantik sebagai Ketua sesuatu Universiti dan
“Pro-Canselor” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
“Fakulti”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Fakulti
Universiti itu dan termasuklah Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut bagi Universiti itu dan berhubung dengan Kampus Universiti termasuklah mana-mana bahagian Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut yang ditetapkan bagi Kampus itu;
“Institusi Pelajaran Tinggi” ertinya mana-mana Universiti atau
Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
“Kampus”, berhubung dengan sesuatu Universiti atau Kolej
Universiti, ertinya—
(a)
Kampus atau Kampus Cawangan Universiti atau Kolej
Universiti itu;
(b)
Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1); dan
(c)
kawasan, bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya, oleh Universiti atau Kolej Universiti itu;
“kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak
Diingini 1969 [Akta 7];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dilantik di bawah subseksyen 4C(1) dan termasuk Timbalan Ketua
Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen yang sama;
“Lembaga”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Lembaga
Pengarah Universiti itu yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan
Universiti itu;
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi;
“Naib Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya
Naib Canselor, Presiden, Rektor atau Pengarah Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan gelaran apa jua disebut,
Universiti dan Kolej Universiti 9
yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti itu dan
“Timbalan Naib Canselor” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;
“Pelajaran tinggi” termasuklah pelajaran Universiti dan Kolej
Universiti;
“pelajaran Universiti atau Kolej Universiti” ertinya pelajaran yang diadakan oleh Universiti atau Kolej Universiti pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran dan termasuklah penyelidikan dan pembangunan pelajaran dan pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan itu;
“Perlembagaan”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya
Perlembagaan Universiti itu yang secara substansialnya adalah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“Senat”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Senat bagi
Universiti itu;
“Universiti” atau “Kolej Universiti” masing-masing ertinya suatu institusi pelajaran tinggi bertaraf Universiti atau Kolej Universiti.