Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
mengisytiharkan ditubuhkan suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud mengadakan, memajukan dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam semua cawangan pelajaran mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
memberikan nama dan gelaran kepada Universiti itu; dan
(c)
menetapkan letaknya tapak tempat Universiti itu akan didirikan.
(1A)
Yang di-Pertuan Agong boleh meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
melalui suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.
(2)
Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
(kemudian daripada ini disebut “Perintah Perbadanan”) atau (1A)
hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat kedua-dua Majlis Parlimen yang akan datang.
Kesan Perintah Perbadanan dan kuasa am institusi pelajaran tinggi yang merupakan suatu Universiti