Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Jika pada bila-bila masa Perlembagaan sesuatu Universiti tidak mengandungi peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Universiti dan Kolej Universiti 15
kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengambil langkah yang perlu bagi mengadakan peruntukan tersebut atau membuang peruntukan yang berlawanan dalam Perlembagaan itu.
(3)
Dengan tidak menyentuh subseksyen (2), Yang di-Pertuan
Agong boleh, pada bila-bila masa, meminda Perlembagaan sesuatu
Universiti supaya sesuai dengan peruntukan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.
(4)
Peruntukan Perlembagaan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.
(5)
Apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa pelantikan yang dibuat untuk dan bagi pihak Universiti sebelum tarikh Perlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh atau bagi pihak Universiti itu.
Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamat penyampaian di Malaysia