Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana skim simpanan:
(a)
tiada jaminan atas nyawa mana-mana pencarum di bawah mana-mana skim simpanan dan tiada wang atau manfaat lain yang diterima di bawah jaminan itu atau mengikut apa-apa cara lain di bawah mana-mana skim sedemikian boleh diambil dalam pelaksanaan atau selainnya digarnis, ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua pun hutang atau tuntutan terhadap pencarum itu atau harta pusakanya melainkan jika
Universiti menurut budi bicaranya, telah menyerahhakkan wang jaminan atau manfaat lain itu kepada pencarum itu untuk kegunaan dan manfaat mutlaknya atau, dalam hal kematian pencarum, kepada wakil dirinya di sisi undang-undang;
(b)
tertakluk pada apa-apa amanah atau kuasa budi bicara tentang penggunaannya yang terletak hak oleh mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan pada Universiti atau orang lain yang mentadbirkan skim simpanan itu, semua wang dan manfaat yang terbit daripada mana-mana skim simpanan itu hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya menurut wasiat atau kematian tidak berwasiat mana-mana pencarum yang mati tidak berwasiat;
(c)
tiada derma atau caruman kepada sesuatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan atau bunga atas derma atau caruman itu boleh diserah hak atau dipindah milik atau boleh ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua pun hutang
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 682
atau tuntutan apa-apa jua pun selain suatu hutang yang kena dibayar kepada Universiti;
(d)
tiada apa-apa derma atau caruman atau bunga boleh tertakluk pada hutang pencarum, begitu juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu boleh berpindah kepada Ketua Pengarah Insolvensi atas apa-apa kebankrapan pencarum itu, tetapi, jika pencarum itu dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan menurut penghakiman Mahkamah, derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk pada Akta ini dan
Perlembagaan dan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan itu, disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya atas kematian pencarum itu;
(e)
kebankrapan seseorang pencarum tidak menjejaskan potongan yang dibuat daripada gaji pencarum itu mengikut mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan itu, tetapi potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong sedemikian hendaklah disifatkan bukan sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;
(f)
tertakluk pada mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan itu, semua wang yang kena dibayar atau dibayar daripada mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan apabila seseorang pencarum mati hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya menurut wasiat atau kematian tidak berwasiat, pencarum yang mati itu, atau menurut suatu penamaan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan di bawah skim itu, tetapi tidaklah boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusakanya atau tertakluk pada pembayaran hutangnya.
Universiti Malaya 11
Penguatkuasaan peruntukan peralihan di Malaysia