Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981. Tajuk ringkas ditukar oleh seksyen 3 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 [Akta A1550] yang berkuat kuasa pada 2 Februari 2017–lihat P.U. (B) 605/2018.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
“anggota” ertinya anggota Lembaga;
“Daftar” ertinya Daftar Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus
Harta yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(a);
“Daftar Firma” ertinya Daftar Firma yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(c);
“Daftar Percubaan” ertinya Daftar Penilai Percubaan, Ejen Harta Tanah
Percubaan dan Pengurus Harta Percubaan yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(b);
“ditetapkan”ertinya yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh
Menteri atau oleh garis panduan, standard, pekeliling atau arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga;
“ejen harta tanah berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;
“ejen harta tanah percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah
Akta ini sebagai ejen harta tanah percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar Percubaan;
“firma” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, sesuatu perkongsian atau sesuatu ketuanpunyaan tunggal;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan
Harta yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“kuasa untuk menjalankan amalan” ertinya sesuatu kuasa untuk menjalankan amalan dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar di bawah seksyen 16;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Penilai, Pentaksir,
Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1);
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 9
dan Pengurus Harta
“Lembaga” ertinya Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus
Harta yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“Lembaga Rayuan” ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada sesuatu waktu tertentu adalah bertanggungjawab bagi kewangan;
“pemohon” ertinya penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar perseorangan, atau suatu firma penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang dilantik di bawah seksyen 15;
“pengurus harta” ertinya seseorang, sesuatu firma atau sesuatu syarikat yang, bagi pihak pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya, menguruskan dan mengawal tanah, bangunan dan kepentingan itu;
“pengurus harta berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;
“pengurus harta percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai pengurus harta percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam
Daftar Percubaan;
“pengurusan harta” ertinya pengurusan dan pengawalan apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalam tanah atau bangunan itu, tidak termasuk pengurusan perniagaan berdasarkan harta, bagi pihak pemunya untuk suatu fi;
“penilai berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian I Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
“penilai percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai penilai percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar
Percubaan;
“pentaksir berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian II Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;
“perniagaan berdasarkan harta” termasuklah hotel, motel, asrama, ladang, kuari, marina, pelabuhan, padang golf, pawagam, stadium, kompleks sukan dan hospital.