Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang dilantik oleh
Menteri:
(a)
Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Yang Dipertua
Lembaga;
(b)
enam orang penilai berdaftar daripada perkhidmatan awam;
(c)
empat orang penilai berdaftar yang mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pengalaman profesional sebagai penilai dan telah dinamakan oleh Institut Juruukur (Malaysia) atau badan profesional lain yang diiktiraf dari semasa ke semasa oleh
Lembaga sebagai mewakili penilai;
(cc)
tiga orang ejen harta tanah berdaftar yang dinamakan oleh Yang
Dipertua Lembaga yang mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pengalaman sebagai ejen harta tanah;
(d)
tiga orang penilai berdaftar yang dinamakan oleh Yang Dipertua
Lembaga.; dan
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 17
dan Pengurus Harta
(e)
tiga orang pengurus harta berdaftar yang dinamakan oleh Yang
Dipertua Lembaga.
(3)
Orang yang disebut dalam perenggan (2)(c), (cc), (d) dan (e) hendaklah warganegara dan menjalankan amalan profesion mereka dalam Malaysia.
(4)
Jika badan yang disebut dalam perenggan (2)(c) tidak mengemukakan panel penilai dalam tempoh tiga bulan setelah diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau tiada badan profesional yang mewakili penilai,
Menteri boleh membuat pelantikan yang disebut dalam perenggan itu atas nasihat Ketua Pengarah.
(5)
Berkenaan dengan orang yang pertama sekali dilantik menjadi anggota
Lembaga, orang yang dilantik itu hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas
Lembaga mula ditubuhkan itu didaftarkan di bawah peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini sebagai penilai berdaftar.
(5A)
Berkenaan dengan orang yang pertama sekali dilantik menjadi anggota
Lembaga yang tersebut dalam perenggan (2)(cc), orang yang dilantik itu hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelantikan mereka didaftarkan di bawah peruntukan yang berkaitan dengan Akta ini sebagai ejen harta tanah berdaftar.
(6)
Anggota Lembaga yang dilantik di bawah peruntukan perenggan
(2)
, (c), (cc), (d) dan (e) hendaklah memegang jawatan selama tiga tahun atau selama tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang disebut oleh
Menteri dan mereka itu layak dilantik semula.
(7)
Jika mana-mana anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatan atau jawatannya dibatalkan, seorang anggota baru hendaklah dilantik dengan seberapa segera yang boleh dipraktikkan mengganti tempatnya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan orang yang digantinya itu.