Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Tertakluk pada subsekyen (1), jika dalam suatu inkues yang menyentuh kematian Majistret atau Koroner itu berpuas hati—
Angkatan Pelawat 17
(a)
bahawa seseorang yang mengikut seksyen 6 tertakluk pada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai telah dipertuduh di hadapan suatu mahkamah negara itu atas menyebabkan kematian orang yang mati, sama ada atau tidak pertuduhan itu telah diperlakukan; atau
(b)
bahawa orang sedemikian sedang ditahan oleh pihak berkuasa negara itu dengan tujuan dipertuduh sedemikian, maka melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, Majistret atau
Koroner itu hendaklah menangguhkan inkues itu dan, jika juri telah dipanggil, hendaklah melepaskan juri itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pendaftar kematian suatu perakuan yang menyatakan butir-butir yang perlu bagi pendaftaran kematian itu setakat yang butir-butir itu ditentukan pada masa inkues itu.
(3)
Jika suatu inkues ditangguhkan di bawah seksyen ini, Majistret atau Koroner itu tidak boleh menjalankannya semula kecuali atas arahan Menteri dan, jika dia menjalankan semula inkues itu, hendaklah meneruskannya dalam setiap perkara seolah-olah inkues itu tidak pernah dimulakan sebelum ini, kecuali bahawa tidaklah menjadi kewajipan ke atas Majistret atau Koroner itu untuk melihat jasad itu atau untuk mengemukakan kepada pendaftar kematian apa-apa perakuan atau perakuan tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang menyekat pemindahan keluar jasad orang yang mati dari
Malaysia tidak terpakai bagi jasad seseorang yang pada masa kematiannya mempunyai sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai berkenaan dengan jasad seseorang yang berkaitan dengan kematiannya, menurut suatu arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3), suatu inkues dikehendaki untuk dijalankan atau, jika telah dimulakan, dikehendaki untuk dijalankan semula.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
(5)
Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang
Malaysia yang berhubungan dengan perakuan yang akan diberikan kepada orang yang memberikan maklumat berkaitan dengan kematian, suatu perakuan tidak boleh diberikan di bawah undang-undang itu kepada orang yang memberikan maklumat berkaitan dengan suatu kematian jika orang itu menyatakan bahawa jasad itu ialah jasad yang berkenaan dengannya subseksyen (4) berkuat kuasa dan bahawa dicadangkan untuk dipindahkan jasad itu keluar dari Malaysia.
Pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan angkatan
Malaysia bagi angkatan pelawat