Malaysia legislation

Section 12

of AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960

Seksyen 12

(a)

berkenaan dengan mana-mana angkatan Malaysia atau anggotanya atau mahkamah Perkhidmatan atau orang lain mengikut apa-apa cara berkaitan dengannya; atau

(b)

berkenaan dengan apa-apa harta yang digunakan atau akan digunakan bagi maksud mana-mana angkatan Malaysia, atau bagi mengambil milikan apa-apa harta untuk digunakan sedemikian, atau bagi memperoleh (sama ada secara persetujuan atau paksaan) apa-apa harta yang digunakan atau akan digunakan sedemikian,

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat peruntukan bagi memastikan bahawa tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh atau di bawah perintah itu kuasa itu bolehlah dijalankan oleh pihak berkuasa itu atau orang itu dalam hal mana-mana angkatan pelawat yang baginya perintah itu terpakai setakat yang kuasa itu boleh dijalankan jika angkatan pelawat itu pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana angkatan Malaysia.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana angkatan pelawat bagi maksud untuk melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan antara Malaysia dan negara yang angkatan itu dianggotainya —

Angkatan Pelawat 19

(a)

mengecualikan angkatan itu atau anggota atau mahkamah

Perkhidmatan atau orang lain (termasuk, mana-mana organisasi Perkhidmatan yang diberi kuasa) mengikut apa-apa cara berkaitan dengannya atau harta yang digunakan atau yang akan digunakan bagi maksud itu daripada kuat kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam perintah itu;

(b)

memberi angkatan itu atau mana-mana anggotanya, mahkamah, orang atau harta seperti yang disebut terdahulu apa-apa kuasa, keistimewaan atau kekebalan lain yang sepatutnya dinikmati atau boleh diberikan kepada angkatan itu, anggota, mahkamah, orang atau harta itu jika angkatan itu pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana angkatan Malaysia.

(3)

Jika melalui mana-mana undang-undang bertulis pelakuan apa-apa jua dilarang, disekat atau dikehendaki berhubung dengan—

(a)

mana-mana angkatan Malaysia atau anggotanya atau mahkamah Perkhidmatan atau orang lain mengikut apa-apa cara berkaitan dengannya;

(b)

apa-apa harta yang digunakan atau akan digunakan bagi maksud mana-mana angkatan Malaysia,

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat peruntukan bagi memastikan bahawa larangan, sekatan atau kehendak itu hendaklah berkuat kuasa dalam hal mana-mana angkatan pelawat yang baginya perintah itu terpakai setakat yang perintah itu boleh berkuat kuasa jika angkatan pelawat itu pernah menjadi sebahagian daripada mana-mana angkatan Malaysia.

(4)

Suatu perintah di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mengandungi apa-apa peruntukan sampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang didapati oleh

Yang di-Pertuan Agong suai manfaat bagi maksud perintah itu, termasuk peruntukan bagi memakai, mengubah suai,

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

menyesuaikan atau menggantung mana-mana undang-undang bertulis;

(b)

boleh membuat peruntukan kewangan berkenaan dengan penjalanan apa-apa kuasa, atau penunaian apa-apa kewajipan, yang diberikan atau dikenakan oleh perintah itu.

(5)

Dalam seksyen ini “harta” termasuklah kedua-dua harta alih dan harta tak alih.

(6)

Subseksyen (1) dan (3) terpakai sama ada kuasa yang berkenaan boleh dijalankan, atau larangan, sekatan atau kehendak yang berkenaan dikenakan, oleh peruntukan yang secara nyata berhubungan dengan angkatan Malaysia atau oleh peruntukan yang lebih umum.

Penyelesaian tuntutan terhadap angkatan pelawat