Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960

Seksyen 2

(a)

isteri atau suami bagi mana-mana anggota itu; atau

(b)

keseluruhannya atau terutamanya disara atau diambil kerja oleh mana-mana anggota itu; atau

(c)

berada dalam jagaan, tanggungan atau pemeliharaan, atau yang menjadi sebahagian daripada keluarga mana-mana anggota itu;

“pihak berkuasa Malaysia” ertinya pihak berkuasa atau pihak-pihak berkuasa yang dari semasa ke semasa diberi kuasa atau ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud menjalankan kuasa yang berhubung dengannya ungkapan itu digunakan;

Angkatan Pelawat 7

“angkatan”, berhubung dengan suatu negara, ertinya mana-mana angkatan laut, darat atau udara negara itu;

“undang-undang Malaysia” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, dan termasuklah Perlembagaan Persekutuan;

“anggota” berhubung dengan suatu angkatan pelawat, ertinya seseorang anggota angkatan negara penghantar, yang menjadi seorang daripada anggota angkatan itu yang pada masa itu dilantik untuk berkhidmat dengan angkatan pelawat itu, dan termasuklah mana-mana orang di Malaysia yang pada masa itu diambil masuk dengan sukarela dalam angkatan itu;

“negara penghantar”, berhubung dengan sesuatu angkatan pelawat, ertinya negara yang angkatan pelawatnya menjadi sebahagian daripada angkatannya;

“pihak berkuasa Perkhidmatan” ertinya pihak berkuasa suatu angkatan yang diberikan kuasa oleh undang-undang negara itu yang angkatan pelawatnya menjadi sebahagian daripada angkatannya untuk menjalankan perintah atau bidang kuasa ke atas anggota suatu angkatan;

“mahkamah Perkhidmatan” ertinya suatu mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang perkhidmatan dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa suatu negara yang diberikan kuasa di bawah undang-undang negara itu untuk mengkaji semula prosiding mahkamah sedemikian atau untuk membicarakan atau menyiasat pertuduhan yang dibawa terhadap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan negara itu; dan sebutan mengenai perbicaraan oleh, atau mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh, mahkamah Perkhidmatan suatu negara hendaklah ditafsirkan masing-masing sebagai termasuk sebutan mengenai perbicaraan oleh, dan mengenai hukuman yang dikenakan oleh, pihak berkuasa sedemikian dalam penjalanan kuasa itu;

“undang-undang perkhidmatan”, berhubung dengan suatu negara, ertinya undang-undang yang mentadbirkan semua atau mana-mana angkatan bagi negara itu;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

“angkatan pelawat” bagi maksud Akta ini ertinya mana-mana badan, kontinjen atau detasmen angkatan suatu negara yang baginya peruntukan itu terpakai, sebagai suatu badan, kontinjen atau detasmen yang pada masa itu berada di Malaysia secara sah menurut apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan yang Kerajaan Malaysia merupakan suatu pihak.

(2)

Bagi maksud Akta ini seseorang anggota suatu angkatan mana-mana negara (dengan apa jua nama dikenali) yang berupa suatu angkatan simpanan atau bantuan hendaklah disifatkan sebagai anggota angkatan negara itu selagi, tetapi hanya selagi, dia dikerah untuk berkhidmat dalam perkhidmatan sebenar (dengan apa jua ungkapan diperihalkan) atau dikerah untuk latihan; dan apa-apa sebutan dalam

Akta ini mengenai seseorang yang menjadi anggota angkatan negara itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(3)

Sebutan dalam Akta ini mengenai pihak berkuasa berkenaan suatu negara ialah sebutan mengenai pihak berkuasa itu yang dilantik oleh Kerajaan negara itu bagi maksud peruntukan itu.

(4)

Sebutan dalam Akta ini mengenai kehadiran mana-mana angkatan di Malaysia pada bila-bila masa hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai kewujudan mereka pada masa dalam transit ke Malaysia.

(5)

Dalam menentukan bagi maksud Akta ini sama ada seseorang sedang atau telah pada bila-bila masa biasanya bermastautin di Malaysia, tidak boleh diambil kira apa-apa tempoh semasa dia telah atau berniat untuk berada di Malaysia semasa menjadi anggota angkatan pelawat atau komponen awam bagi angkatan yang sedemikian, atau semasa menjadi tanggungan seseorang anggota suatu angkatan pelawat atau komponen awam yang sedemikian.

Negara yang baginya Akta ini terpakai