Malaysia legislation

Section 4

of AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960

Seksyen 4

Angkatan Pelawat 9

(a)

bahawa dia memegang pasport yang dikeluarkan berkenaan dengannya oleh suatu Kerajaan, yang bukan berupa pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pasport Malaysia;

(b)

bahawa pasport itu mengandungi catatan yang tidak dibatalkan yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara penghantar itu yang menyatakan bahawa dia seorang anggota komponen awam angkatan pelawat negara itu; dan

(c)

bahawa pasport itu mengandungi suatu nota pengiktirafan bagi catatan itu oleh atau bagi pihak Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi imigresen yang belum dibatalkan dan yang mengikutnya tiada pemberitahuan bertulis telah diberikan oleh atau bagi pihak

Menteri (itu) kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara penghantar itu yang menyatakan bahawa pengiktirafan itu ditarik balik.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

(2)

Sebutan dalam perenggan (1)(c) mengenai suatu nota pengiktirafan bagi suatu catatan dalam pasport ialah sebutan mengenai apa-apa tanda atau petunjuk yang dibuat dalam pasport itu oleh atau bagi pihak Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi imigresen yang menandakan bahawa catatan itu telah dimaklumkan dan diluluskan.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “pasport” termasuklah apa-apa dokumen yang, mengikut undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia, dikira sebagai setara dengan pasport dalam hal seseorang yang masuk ke Malaysia, sebagai seorang rakyat negara yang dokumen itu dikeluarkan oleh Kerajaannya itu.

Takrif sekutu yang berkaitan