Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Dalam Bahagian II sebutan mengenai orang yang pada bila-bila masa mempunyai suatu sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat ialah sebutan mengenai kewujudannya pada masa itu seorang yang satu daripada atau lebih daripada perihalan yang berikut:
(a)
seorang anggota angkatan pelawat itu atau seorang anggota komponen awam angkatan itu;
(b)
seseorang (yang bukan warganegara Malaysia atau biasanya bermastautin di Malaysia) yang menjadi tanggungan bagi seseorang anggota angkatan pelawat itu atau komponen awam angkatan itu.