Malaysia legislation

Section 9

of AKTA ANGKATAN PELAWAT 1960

Seksyen 9

Malaysia

(a)

apa-apa kuasa menangkap, menggeledah, memasuki, menyita atau menjaga yang boleh dijalankan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan atau dipercayai telah dilakukan terhadap undang-undang itu; atau

(b)

apa-apa obligasi mana-mana orang berkenaan dengan suatu bon jaminan yang dibuat berbangkit daripada

Angkatan Pelawat 15

penangkapannya, atau penangkapan mana-mana orang lain, bagi kesalahan yang sedemikian; atau

(c)

apa-apa kuasa mana-mana mahkamah untuk mereman (sama ada dengan jaminan atau dalam jagaan) seseorang yang dibawa ke hadapan mahkamah berkaitan dengan kesalahan yang sedemikian.

(2)

Jika seseorang yang baginya seksyen ini terpakai diletakkan dalam jagaan oleh seseorang pegawai polis bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1), dan tidak dilepaskan, dan—

(a)

ternyata bahawa dia mempunyai sekutu yang berkaitan dengan angkatan pelawat suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai, maka dia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan sesudah itu, diserahkan atau direman dalam jagaan suatu pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu;

(b)

tidak ternyata tetapi terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mengikut seksyen 6 dia tertakluk pada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai, maka dengan tujuan menentukan sama ada dia akan diperlakukan bagi kesalahan itu di bawah undang-undang Malaysia atau oleh mahkamah

Perkhidmatan bagi negara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia boleh ditahan dalam jagaan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam: tetapi jika dalam tempoh itu dia tidak diserahkan ke dalam jagaan suatu pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu dia hendaklah dilepaskan atas jaminan atau dibawa ke hadapan seorang

Majistret.

(3)

Jika suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang yang baginya seksyen ini terpakai dimulakan menurut subseksyen 7(1) dalam mana-mana mahkamah

Malaysia, orang itu hendaklah diserahkan atau direman ke dalam jagaan suatu pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu sehingga dia dibawa ke perbicaraan oleh pihak berkuasa Malaysia.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

(4)

Seseorang yang ditahan dalam jagaan mengikut peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah bagi segala maksud.

(5)

Seksyen ini terpakai bagi—

(a)

anggota suatu angkatan pelawat; dan

(b)

mana-mana orang lain yang mempunyai sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat.

Sekatan ke atas prosiding berkenaan dengan perkhidmatan anggota, dsb., angkatan pelawat