Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA HARI KELEPASAN MINGGUAN 1950

Seksyen 14

Kaedah-kaedah

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang disebut sebelum ini, kaedah-kaedah tersebut boleh–

(a)

menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini;

(b)

mengawal penggunaan kuasa dan perlaksanaan tugas

Inspektor;

(c)

menghendaki supaya daftar dan rekod disenggara dan menetapkan notis dipamerkan dalam tempat yang baginya

Akta ini terpakai serta bentuk dan kandungan dan cara bagaimana notis itu dipamerkan.

(3)

Semua kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dengan seberapa segera yang sesuai di hadapan Dewan Rakyat yang boleh, melalui ketetapan, meminda, meluluskan atau tidak meluluskannya. Semua kaedah yang diluluskan oleh Dewan Rakyat

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 220

dengan apa-apa pindaan jika ada, hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh ketetapan yang meluluskan kaedah-kaedah tersebut.