Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Penutupan atau hari kelepasan separuh hari tambahan
(2)
Apabila mana-mana kedai ditutup di bawah subseksyen (1)
tiap-tiap orang yang diambil kerja di dalamnya hendaklah diberi hari kelepasan, sebagai tambahan kepada mana-mana hari kelepasan yang diberi di bawah seksyen 3, 6 atau 7, dalam mana-mana tempoh kedai itu ditutup.
(3)
Menteri boleh, bagi maksud seksyen ini menyatakan waktu atau hari yang berlainan bagi kedai yang berlainan atau kelas kedai yang berlainan atau bagi kawasan yang berlainan atau bagi masa yang berlainan bagi tahun itu.
(4)
Tuan punya atau pengurus hendaklah menyatakan dalam notis, mengikut bentuk yang ditetapkan, hari dalam setiap minggu yang sesebuah kedai ditutup menurut kehendak subseksyen (1) dan hendaklah mempamerkan notis itu secara kekal di tempat yang mudah dilihat dalam kedai itu.
Hari kelepasan mingguan bagi kedai, restoran dan panggung