Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972

Seksyen 10

(2)

Standard Kerja hendaklah dibandingkan dan ditentusahkan mengikut lat tempoh yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Perbandingan dan penentusahan Standard Kerja hendaklah dilakukan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dan apabila berpuas hati dengan ketepatan

Standard Kerja itu, Penyimpan Timbang dan Sukat hendaklah mengeluarkan perakuan mengenai penentusahan itu dan perakuan itu

Timbang dan Sukat 11

hendaklah disimpan oleh orang yang menjaga Standard Kerja yang berkaitan.

(4)

Semua Standard Kerja yang telah sempurna ditentusahkan dan diperakui hendaklah, bagi segala maksud, dengan muktamadnya disifatkan sebagai benar dan tepat dan Standard Kerja itu hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman.

(5)

Menteri boleh pada bila-bila masa, atas nasihat Penyimpan

Timbang dan Sukat, membatalkan mana-mana Standard Kerja dan hendaklah mengarahkan melalui pemberitahuan dalam Warta supaya

Standard yang dibatalkan itu tidak digunakan lagi bagi maksud Akta ini.