Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
memindah milik atau memberi wang atau nilai wang sebagai balasan bagi wang atau nilai wang;
(b)
membuat sesuatu bayaran berkenaan dengan apa-apa tol atau duti; atau
(c)
membuat sesuatu bayaran berkenaan dengan apa-apa kerja yang dibuat atau perkhidmatan yang diberikan, atau bagi maksud menentukan upah yang kena dibayar, jika—
(i)
transaksi itu adalah berpandukan kepada kuantiti atau adalah suatu transaksi yang bagi maksudnya
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
ada dibuat atau boleh disifatkan sebagai atau suatu kenyataan mengenai kuantiti; dan
(ii)
kegunaan itu adalah bagi maksud penentuan atau kenyataan kuantiti itu.
(2)
Subseksyen di atas tidak terpakai jika penentuan atau kenyataan itu adalah suatu penentuan atau kenyataan mengenai kuantiti barang yang dikehendaki dihantar ke sesuatu tempat luar
Malaysia dan transaksi itu bukan suatu penjualan secara runcit.
(3)
Mana-mana alat timbang atau sukat yang diadakan di Malaysia untuk kegunaan awam sama ada dengan dikenakan bayaran atau selainnya hendaklah dianggap bagi maksud Bahagian ini sebagai alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan, sama ada atau tidak alat itu dianggap sedemikian jika tidak kerana subseksyen ini.
Unit sukatan, timbang dan sukat yang sah di sisi undang-undang bagi kegunaan untuk perdagangan