Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“alat timbang atau sukat” ertinya apa-apa alat atau mesin untuk menyukat mengikut panjang, luas, isi padu, muatan, masa, berat, bilangan atau apa-apa kuantiti lain, dan dalam hal alat timbang, termasuklah timbangan yang digunakan yang berkaitan dengannya;
“alat timbang dan sukat awam” ertinya apa-apa alat timbang atau sukat yang diadakan untuk kegunaan awam, dan yang bagi penggunaannya suatu bayaran dikenakan;
“cap penentusahan” ertinya suatu tanda untuk digunakan sebagai keterangan tentang kelulusan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat sebagai layak untuk digunakan, sama ada dikenakan melalui teraan, tuangan, ukiran, gurisan, selaran, pengecapan atau selainnya;
“Ketua Inspektor”, “Timbalan Ketua Inspektor” dan “Inspektor”
masing-masingnya bererti Ketua Inspektor Timbang dan Sukat,
Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah seksyen 26;
“Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta
Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 [Akta 675];
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“Penyimpan” ertinya Penyimpan Timbang dan Sukat yang disebut dalam seksyen 25;
Timbang dan Sukat 9
“premis” termasuklah apa-apa kedai atau gerai, dan apa-apa kenderaan, vesel, bangunan, binaan atau tempat, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan untuk perdagangan;
“Sistem
Unit
Antarabangsa”
mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Sistem
Pengukuran Kebangsaan 2007;
“Standard Kerja” ertinya Standard Kerja bagi jisim dan sukat yang disebut dalam seksyen 9;