Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan
(2)
Seseorang pemberi maklumat boleh membuat aduan kepada mana-mana agensi penguatkuasaan tentang apa-apa tindakan yang memudaratkan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap pemberi maklumat itu atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.
(3)
Seseorang disifatkan mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat jika—
(a)
orang itu mengambil atau mengancam untuk mengambil tindakan yang memudaratkan kerana—
(i)
pemberi maklumat itu telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar; atau
(ii)
orang itu percaya bahawa pemberi maklumat itu telah membuat atau berhasrat untuk membuat pendedahan kelakuan tidak wajar; atau
(b)
orang itu mengapi-apikan atau membenarkan seseorang yang lain untuk mengambil atau mengancam untuk mengambil tindakan yang memudaratkan atas apa-apa sebab di bawah subperenggan (a)(i) atau (ii).
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perlindungan pemberi maklumat kepada seseorang pekerja dalam badan swasta sama ada di sisi undang-undang atau di bawah perjanjian kolektif atau kontrak kerja.
(5)
Tiada seorang pun yang bertindak atau berupa sebagai bertindak bagi pihak mana-mana badan awam atau badan swasta boleh—
(a)
menamatkan sesuatu kontrak;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 711
(b)
menahan bayaran yang genap masa dan kena dibayar di bawah sesuatu kontrak; atau
(c)
enggan untuk membuat kontrak yang berikutnya, semata-mata atas sebab bahawa suatu pihak kepada kontrak itu atau seseorang pekerja atau majikan suatu pihak kepada kontrak itu telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar yang berhubungan dengan badan awam atau badan swasta itu kepada mana-mana agensi penguatkuasaan.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun atau kedua-duanya.
(7)
Dalam apa-apa prosiding, adalah terletak kepada defendan untuk membuktikan bahawa tindakan yang memudaratkan yang ditunjukkan sebagai telah diambil terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat bukanlah sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar.
Pembatalan perlindungan pemberi maklumat